Sunday, December 3, 2006

LaLaHaI PeNsEl

Dalam kelas matematik, Farhan disuruh berdiri kerana tidak membuat latihan di papan hitam.

Guru : Farhan, mana pensel kamu??!

Farhan : Tak ada cikgu.

Guru : (dengan muka merah berkata) Ni yang buat saya marah ni. Faiz tak ada pensel, Azimah tak ada pensel, Fitri pun tak ada pensel. Apa nak jadi dengan kamu semua ni, hah??! Dah mulai hari ni saya tak mau dengar lagi orang tu tak ada pensel, orang tu tak ada itu tak ada ini, orang di sana tak ada pensel, orang di situ tak ada pensel.............. faham??!!!

Farhan : Errr............. tak berapa faham la cikgu. Sebenarnya apa yang terjadi dengan pensel-pensel tu, cikgu??????

GIGI oh GiGi.........

Ismail seorang penceramah yang akan membentangkan kertas kerjanya dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.
"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!!" Ismail menceritakan masalahnya itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.
" jangan risau," balas lelaki berkenaan lantas mengeluarkan satu set gigi palsu dari dalam poket kirinya.
" Terima kasih," ucap Ismail. Tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula!! " Alamak, macam mana ni??!" dia makin panik.
" Relaks, cuba yang ini pulak," lelaki berkenaan seluk poket kanan, dan keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubannya. Wah, ngam2 dengan saiz gusinya.
"Fuh! nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi," kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki di sebelahnya itu.
"Doktor gigi??!! Saya penjaga bilik mayatlah," balas lelaki tersebut.


Seorang penternak khinzir bercekak pinggang melihat binatang ternakannya mati dilanggar motosikal.


"Jangan risau," kata penunggang motosikal bagi meredakan kemarahan penternak tersebut. "saya akan gantikan khinzir encik ni" sambungnya lagi.


"Tak boleh!! Tak boleh!!" kata penternak sambil geleng kepala.
"Kenapa??!!" tanya penunggang motosikal pula.
" Awak tak cukup gemuk..........."
atu hari pak pandir dan mak andir ke poliklinik kerajaan untuk menjalani pemeriksaan tahunan memandangkan umur pak pandir sudah sudah mencecah 80 tahun. Apa berlaku seterusnya?????

Doktor : Apa khabar pak cik????????????
pak pandir : Alhamdulillah........ cuma sejak kebelakangan ni Tuhan banyak menolon saya.
Doktor : Kenapa pak cik cakap macam tu??/
pak pandir : Sebab tiap2 malam bila ke bilik air, Tuhan tolong bukakan lampu untuk saya. Tak payah nak susah2 petik suis.
Doktor : Oooo......... macam tu (sambil mengangguk-angguk). Okey... pak cik keluar dulu, saya nak cakap dengan mak andir pulak.

pak pandir keluar dari bilik pemeriksaan, mak andir pulak masuk.

doktor : Mak cik, saya rasa pak cik ada masalah mentallah.mak andir : Ya ke????!!doktor : Ya. Pak cik kata bila dia buang air kecil pada waktu malam, Tuhan tolong bukakan lampu tandas untuk dia.............
mak andir : (sambil berdiri dan bercekak pinggang) Ceh!! Tak guna punya pak pandir!! Rupa2nya selama ni dialah yang kencing dalam peti sejuk..

KiSaH LaKi BiNi.........

Bini : lelaki ni kalau kita cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Laki : perempuan pulak, masuk kiri kanan, keluar ikut mulut!!

CoMbi Oh cOmBi......

Suatu hari Zaleha mengomel pada kawan baiknya, Combi, tentang jirannya yang suka bercerita tentang kehebatan suami. Konon suaminya orang kesayangan boslah, gaji besarlah, akan naik pangkatlah, duit menimbun dalam banklah dan sebagainya.

"Tiap-tiap hari cerita yang sama sampai aku nak termuntah dengarnya," kata Zaleha.
Combi mengangguk, kemudian berkata, " Jiran aku pulak lain sikit, dia selalu buruk-burukkan suaminya. Bengang betul aku. tapi kau tengok aku ni, Zaleha. Walaupun suami aku tu bodoh, tak ada duit, pemalas, pengecut, tapi aku tak pernah pun cerita dengan orang."

SAlAh nOmbOr lA PaK.......

KULUP Kecil ada seorang anak, namanya Tijah. Si Tijah ini cukup suka bergayut di telefon. kalau menelefon, paling kurang empat jam, baru berhenti. Kalau dengan boyfriendnya, kadang2 sampai enam jam.

Bila frust, lagi teruk, habis semua kawannya ditelefon dan Tijah bercakap serta menangis sampai tujuh lapan jam. Kulup Kecil sudah tak tahu macam mana nak mengubah perangai Tijah tu.

Suatu hari, telefon berdering. Macam biasa, Tijah terus mencapainya. Tapi kali ni pelik sikit, cuma dua jam aja, bukan sampai empat lima jam macam selalu. Kulup Kecil jadi pelik. lalu dia pun bertanya pada anak gadisnya itu. "Siapa yang telefon tadi??!"

"Entahlah pak, dia dail salah nombor........." jawab Si Tijah dengan selamber.......