Sunday, December 3, 2006

GIGI oh GiGi.........

Ismail seorang penceramah yang akan membentangkan kertas kerjanya dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.
"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!!" Ismail menceritakan masalahnya itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.
" jangan risau," balas lelaki berkenaan lantas mengeluarkan satu set gigi palsu dari dalam poket kirinya.
" Terima kasih," ucap Ismail. Tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula!! " Alamak, macam mana ni??!" dia makin panik.
" Relaks, cuba yang ini pulak," lelaki berkenaan seluk poket kanan, dan keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubannya. Wah, ngam2 dengan saiz gusinya.
"Fuh! nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi," kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki di sebelahnya itu.
"Doktor gigi??!! Saya penjaga bilik mayatlah," balas lelaki tersebut.

No comments: