Sunday, December 3, 2006

LaLaHaI PeNsEl

Dalam kelas matematik, Farhan disuruh berdiri kerana tidak membuat latihan di papan hitam.

Guru : Farhan, mana pensel kamu??!

Farhan : Tak ada cikgu.

Guru : (dengan muka merah berkata) Ni yang buat saya marah ni. Faiz tak ada pensel, Azimah tak ada pensel, Fitri pun tak ada pensel. Apa nak jadi dengan kamu semua ni, hah??! Dah mulai hari ni saya tak mau dengar lagi orang tu tak ada pensel, orang tu tak ada itu tak ada ini, orang di sana tak ada pensel, orang di situ tak ada pensel.............. faham??!!!

Farhan : Errr............. tak berapa faham la cikgu. Sebenarnya apa yang terjadi dengan pensel-pensel tu, cikgu??????

GIGI oh GiGi.........

Ismail seorang penceramah yang akan membentangkan kertas kerjanya dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.
"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!!" Ismail menceritakan masalahnya itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.
" jangan risau," balas lelaki berkenaan lantas mengeluarkan satu set gigi palsu dari dalam poket kirinya.
" Terima kasih," ucap Ismail. Tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula!! " Alamak, macam mana ni??!" dia makin panik.
" Relaks, cuba yang ini pulak," lelaki berkenaan seluk poket kanan, dan keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubannya. Wah, ngam2 dengan saiz gusinya.
"Fuh! nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi," kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki di sebelahnya itu.
"Doktor gigi??!! Saya penjaga bilik mayatlah," balas lelaki tersebut.


Seorang penternak khinzir bercekak pinggang melihat binatang ternakannya mati dilanggar motosikal.


"Jangan risau," kata penunggang motosikal bagi meredakan kemarahan penternak tersebut. "saya akan gantikan khinzir encik ni" sambungnya lagi.


"Tak boleh!! Tak boleh!!" kata penternak sambil geleng kepala.
"Kenapa??!!" tanya penunggang motosikal pula.
" Awak tak cukup gemuk..........."
atu hari pak pandir dan mak andir ke poliklinik kerajaan untuk menjalani pemeriksaan tahunan memandangkan umur pak pandir sudah sudah mencecah 80 tahun. Apa berlaku seterusnya?????

Doktor : Apa khabar pak cik????????????
pak pandir : Alhamdulillah........ cuma sejak kebelakangan ni Tuhan banyak menolon saya.
Doktor : Kenapa pak cik cakap macam tu??/
pak pandir : Sebab tiap2 malam bila ke bilik air, Tuhan tolong bukakan lampu untuk saya. Tak payah nak susah2 petik suis.
Doktor : Oooo......... macam tu (sambil mengangguk-angguk). Okey... pak cik keluar dulu, saya nak cakap dengan mak andir pulak.

pak pandir keluar dari bilik pemeriksaan, mak andir pulak masuk.

doktor : Mak cik, saya rasa pak cik ada masalah mentallah.mak andir : Ya ke????!!doktor : Ya. Pak cik kata bila dia buang air kecil pada waktu malam, Tuhan tolong bukakan lampu tandas untuk dia.............
mak andir : (sambil berdiri dan bercekak pinggang) Ceh!! Tak guna punya pak pandir!! Rupa2nya selama ni dialah yang kencing dalam peti sejuk..

KiSaH LaKi BiNi.........

Bini : lelaki ni kalau kita cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Laki : perempuan pulak, masuk kiri kanan, keluar ikut mulut!!

CoMbi Oh cOmBi......

Suatu hari Zaleha mengomel pada kawan baiknya, Combi, tentang jirannya yang suka bercerita tentang kehebatan suami. Konon suaminya orang kesayangan boslah, gaji besarlah, akan naik pangkatlah, duit menimbun dalam banklah dan sebagainya.

"Tiap-tiap hari cerita yang sama sampai aku nak termuntah dengarnya," kata Zaleha.
Combi mengangguk, kemudian berkata, " Jiran aku pulak lain sikit, dia selalu buruk-burukkan suaminya. Bengang betul aku. tapi kau tengok aku ni, Zaleha. Walaupun suami aku tu bodoh, tak ada duit, pemalas, pengecut, tapi aku tak pernah pun cerita dengan orang."

SAlAh nOmbOr lA PaK.......

KULUP Kecil ada seorang anak, namanya Tijah. Si Tijah ini cukup suka bergayut di telefon. kalau menelefon, paling kurang empat jam, baru berhenti. Kalau dengan boyfriendnya, kadang2 sampai enam jam.

Bila frust, lagi teruk, habis semua kawannya ditelefon dan Tijah bercakap serta menangis sampai tujuh lapan jam. Kulup Kecil sudah tak tahu macam mana nak mengubah perangai Tijah tu.

Suatu hari, telefon berdering. Macam biasa, Tijah terus mencapainya. Tapi kali ni pelik sikit, cuma dua jam aja, bukan sampai empat lima jam macam selalu. Kulup Kecil jadi pelik. lalu dia pun bertanya pada anak gadisnya itu. "Siapa yang telefon tadi??!"

"Entahlah pak, dia dail salah nombor........." jawab Si Tijah dengan selamber.......

MATEMATIK.......

Bapa : Mat, kenapa teruk sangat ujian matematik engkau bulan ni??!!!!!!!!!!!
Mat : Cikgu punya pasallah ni???!!
Bapa : Cikgu???!!!!
Mat : Ha, cikgu. Hari Isnin cikgu cakap 1+7=8.
Bapa : betullah tu.
Mat : kalau betul, kenapa hari Selasa cikgu cakap 5+3=8. Hari Rabu lain pulak, 6+2=8. Hari
Khamis pulak 4+4=8. Kalau cikgu pun tak tau mana satu betul, Mat lagilah tak tau.

WUDUK.....

Pada suatu hari, ustaz Zamri mengajar anak2 muridnya tentang wuduk. ustaz Zamri pun memberitahu rukun-rukun wuduk dan perkara-perkara yang membatalkannya. setelah itu, ustaz Zamri mengajar anak2 muridnya macam mana hendak berwuduk menggunakan air paip. muridnya tengok apa yang ustaz buat, kemudian mereka berwuduk sendiri.

Bagaimanapun, ada seorang murid ustaz Zamri, namanya Mohd Talib, ambil wuduk sampai dua kali. pelik juga ustaz Zamri, mazhab mana pulak budak ni ikut. Mazhab Kerajaan Langit ke???! orang ambil wuduk sekali, dia sampai dua kali. Lantas ustaz Zamri pun bertanya......................

"Talib, kenapa awak ambil wuduk sampai dua kali?? sekali cukuplah.""buat reserve ustaz!!" jawab Mohd Talib, "kalau terkentut ada wuduk yang satu lagi!!"

LAWATAN KE MELAKA DAN K/L

LAWATAN PUSTAKAWAN KE MELAKA/ KUALA LUMPUR..
Seperti yang kita tahu....... pustakawan SAINA kurang aktif pada tahun2 sebelum ini..... jadi bagi menaikkan kembali martabat pustakawan SAINA satu program telah diatur....... program yang dimaksudkan ialah Lawatam ke Melaka & Kuala Lumpur ...... setelah mesyuarat diadakan semua peserta bersetuju meneruskan rancangan tersebut...... bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM30.00 bg tambang pergi & balik setiap seorang...... jadi semua AJK form pon diarahkan untk mengutip wang tersebut....... setelah selesai mengutip aku pun menyerahkan wang tersebut kepada bendahari iaittu Abg Didi......... pada mulanya tarikh lawatan tersebut ditetapkan pada 23/3/2006 tetapi tarikh tersebut terpaksa ditunda kerana sebab2 tertentu....... hati para pustakawan makin tidak sabar2 menunggu tarikh tersebut..... perasaan takut,gembira, excited dan bermacam-macam lagi bercampur baur dalam hatiku..... ini disebabkan pelbagai masalah telah dihadapi oleh pihak majlis tertinggi sepanjang merancang program ini.....setiap hari selama hampir seminggu sebelum tarikh lawatan aku hadir ke pusat sumber bagi mengetahui perkembangan semasa tentang lawatan tersebut....... perkembangan yang diterima ada yang positif dan tidak kurang yang negatif....... di saat2 akhir seorang peserta ting. tiga iaitu Haniff Helmi telah menarik diri daripada mengikuti lawatan tersebut....... dalam pada itu Siti Aiman yang juga peserta lawatan ini telah kehilangan wang untuk ke lawatan tersebut sebanyak RM150.00.......
tanggal 28/3/2006akhirnya pada jam 8.30 mlm mesyuarat yang membincangkan tentatif program di Melaka telah diadakan.................. mesyuarat tersebut telah diadakan lebih kurang 1/2 jam... hati para pustakawan semakin melonjak gembira.......... terbayang-bayang di fikiran masing-masing suasana ketika berada di Melaka......... dalam mesyuarat nie juga segala perancangan telah dibacakan oleh Abg Hafez membuatkan semua peserta tersenyum sendirian........ pada malam tersebut semua peserta bertambah yakin tentang lawatan yang akan diadakan ini...... akhirnya mesyuarat ini telah selesai pada jam 9.30 mlm...... setelah mesyuarat selesai semua peserta pulang ke kelas sambil tersenyum....... 29/3/2006sekali lagi aku bertandang ke pusat sumber seperti kebiasaannya pada waktu prep petang untuk mengulangkaji pelajaranku........ tiba sahaja di hadapan pintu pusat sumber aku pun buka pintu tue....... aku nnampak kak Murni Abg Hafez dan Mak Cik Ju sedang berbincang mungkin tentang lawatan tersebut...... jangkaaanku memang tepat... aku pun masuk dan turut berbincang bersama dengan mereka....haaaaa.... maklumat terbaru.....dan agak seddih...... masa kami bertolak ditunda hingga ke pukul 9.00 malam.... xpe lah asalkan blh pergi.... kata hatiku sendirian....lagi satu berita ialah kami tidur di hotel dan bukan di rumah kastam seperti yang dirancang........haaa........ ada lagi berita yang aku dapat iaitu......... pemandu yang akan memandu bas untuk kami ialah Pak Cik Fadzil dan seorang lagi pemandu luar........ dalam hati aku berkata sendirian ..... akhirnya tercapai juga hajat kami semua setelah ditunggu-tunggusekian lama tarikhnya semakin hampir..... x sabar rasanya hati ini.....................petang itu waktu riadah aku dan boyan mem basuh kasut sukan untuk dibawa ke Melaka keesokan harinya.... sementara itu, Afif pulaa sedang memasukkan pakaian yang akan dibawa esok ke dalam beg pakaiannya....... dan aku pasti ramai lagi peserta sudah pack barang2 yang akan dibawa pada petang dan malam itu..........
30/3/2006.... perhimpunan pagi macam biasa aku agak lewat.......aik... apsal atlit2 SAINA pi STAR mergong naik coaster jer.....he he he mungkin bas besar tue nak disimpan untuk lawatan kami malam nie kut....aku bermonolog sendirian......waktu rehat aku pun pi la pusat sumber....lorr pusat sumber lagii. ye la aku kan pustakawan jadi kenalah slaloo pi pusat sumber..........ha.... ini lagi satuu.... dengaq macam ada masallah baru......dengaq kata pemandu kita nie ada masalah......tapi keputusan muktamad belum diperoleh...jadi sama2 la kita tunggu sampai pukul 12.00 tgh hari...... sebabnyer keputusan sebenar hanya akan diketahui pada pukul 12.00 tgh hari sahaja...... jadi aku pun masuk ler kelas Bahasa Arab dahulu....... nampaknya ustazah pun masuk klas kejap jer sebab ada urusan sket...... hai x sabar rasenye nak tunggu pukul 12.00........ lepas habis jer klas Arab aku pun berkemas nak masuk klas SAINS plak........ dalam perjalanan nak pergi makmal aku terserempak ngan abg Didi dia gitau aku ada perjumpaan skrang nie kan pusat sumber ....... jadi dia suruh aku panggil semua peserta lawatan tue........aku pun sanggup tinggalkan kelas Sains untuk perjumpaan tersebut.... setelah semua peserta berkumpul Abg Hafez pun membacakan...... kronologi peristiwa rancangan lawatan tersebut.......semua peserta mendengar dengan penuh khusyuk dan penuh perhatian bagi mengetahui apa sebenarnya keputusan muktamad.......antara ayat yang tidak mungkin dilupakan yang keluar dariipada mulut Abg Hafez ialah " tepat jam 11.30 pagi tadi.... pemandu bas kita iaitu Pak Cik Fadzil telah menarik diri daripada menyertai lawatan kita....... sementara itu bas yang akan kita naiki sebentar lagi rosak dan dengan dukacita dimaklumkan lawatan pustakawan ke Melaka dibatalkan dan ini duit tambang yang akan diserahkan semula kepada para peserta" arghhhhhh hatiku menjerit sendirian.......... air mataku tidak tertahan lagi untuk mengalir keluar...... walaupun ketika itu ramai orang berada disekelilingku tetapi aku terpaksa membenarkan air mataku mengalir........ apalah nasib pustakawan saina aku pun x tahu......kelihatan semua peserta lawatan sungguh kecewa dan bersedih dan ada juga yang mengalirkan air mata tanda kesedihan...... yang paling sedih tentulah ketuanya iaitu abang hafez kerana beliau telah melakukan segalanya dan beliau sanggup meninggalkan kelas demi menjayakan lawatan ini tapi apakan daya lawatan ini hanyalah khayalan semata-mata........ peringatan kepada semua orang kita mestilah membuat perancangan awal dan kualiti rancangan itu p[enting bagi memastikan rancangan kita berjaya................................................