Friday, December 1, 2006

KEM MOTIVASI TINGKATAN TIGA 2006 DI DUSUN MINDA RESORT, KUALA NERANG KEDAH

pada 15,16 dan 17 Jun 2006 Unit Bimbingan & Kaunseling SAINA telah menganjurkan satu kem motivasi untuk pelajar tingkatan 3. kem ini telah diadakan di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, kedah. kem ini bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi diri para pelajar bagi persediaan menghadapi peperiksaan PMR pada oktober ini.
15 jun 2006
hari ini merupakan sambutan hari guru edisi ke-2 sekolah menengah sains pokok sena. pelbagai acara dijalankan khas bagi mengenang dan menghargai jasa semua guru SAINA. pada jam 10.00 pagi acara dewan dimulakan. pada mulanya acara penyampaian hadiah bagi badan2 khas dan persatuan2 tingkatan. seterusnya persembahan pentas daripada pelajar tingkatan lima diadakan. sedang semua pelajar asyik menonton persembahan yang menarik semua pelajar tingkatan tiga terpaksa meninggalkan dewan untuk pulang ke asrama bagi persediaan untuk kami bertolak ke Dusun Minda Resort untuk memulakan aktiviti motivasi kami. kami bertolak ke sana pada kira2 pukul 1.00 petang. hati kami masing2 melonjak kegembiraan. tidak sabar rasanya untuk kami sampai kesana. lebih kurang pukul 3.00 petang kami pun sampai ke sana. setelah sampai kami dibawa ke dewan Tetra untuk sesi pendaftaran. setelah selesai sesi pendaftaran kami dibawa ke LDK(tempat penginapan peserta) masing2........... setelah selesai membuat persiapan dan mengemas bilik masing2 kami sekali lagi bergerak ke Dewan Tetra untuk sesi taklimat pula. disini kami te;ah menjalankan sesi suaikenal bersama fasilitator dan mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti lasak yang akan kami hadapi sepanjang kem ini oleh pengurus Dusun Minda Resort. selesai sesi taklimat kami bergerak ke surau untuk solat asar secara berjemaah dan seterunya minum petang dan bersiap sedia untuk aktiviti pertama kami iaitu obstacles coarse ataupun merempuh halangan. dalam aktiviti ini para peserta mesti melakukan 10 modul latihan PLKN. kami selesai melakukan aktivitti ini lebih kurang dalam jam 7.00 malam. selepas itu kami terus bersiap-siap makan serta solat maghrib berjemaah. seperti biasa setelah selesai solat meghrib kami mengadakan majlis bacaan yasin serta solat hajat secara berjemaah. seteeelah itu kami meneruskan aktiviti dengan sesi ceramah 1 bersama En. Sukiman Harun daripada Bukit Selambau. apa yang menariknya sepanjang 2 jam beliau memberikan ceramahnya tidak ada seorang pelajar pun yang tertidur. ini kerana ceramah beliau sangat menarik dengan lawak jenakan yang diselitkan dalam ceramah tersebut. beliau turut mengadakan beberapa aktiviti yang menarik sepanjang ceramah beliau.sesi ceramah bersama En. Sukiman Harun ini berakhir lebih kurang pada pukul 11.30malam. selepas itu kami pulang ke LDK masing2
16 jun 2006
semua peserta bangun seawal pukul 5.30 pagi..... setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh kami menjalani sesi kuliah subuh...... selesai aktiviti di surau kami bergerak ke dewan makan berhampiran LDK untuk bersarapan.... selesai bersarapan kami semua bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi aktiviti lasak yang sememangnya sangat menarik dan paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta........ aktiviti ini dipanggil Flying Fox....... sebelum memulakan aktiviti ini kami diberi sedikit taklimat dan kami juga telah diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada ingin mengadakan landing darat atau air................. kami semua dengan sebulat suara memilih untuk landing di dalam air........ aktiviti ini mampu memberikan semangat dan keberanian kepada para peserta selain dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta......... sepanjang aktiviti dijalankan seorang daripada peserta iaitu Sobri telah mengalami sedikit kemalangan kerana dia telah terlanggar rakit semasa hendak mendarat...... sobri mengalami kecederaan ringan di belakang badannya... selepas semua peserta putera selesai menjalankan aktiviti ini kami dibenarkan pulang untuk bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran...... selesai solat jumaat dan makan tengah hari kami smua terus bergerak ke Dewan Tetra untuk sesi ceramah yang kedua iaitu bersama YDP PIBG SMSPS en. Saadin....... selesai ceramah lebih kurang pukul 4.00 ptg....... selepas itu kami bersolat asar dan seterusnya minumpetang sebelum menjalankan aktiviti seterusnya iaitu treasure hunt........... selesai aktiviti tersebut kami pulang ke LDK masing2 dan terus menikmati makan malam sebelum menunaikan solat maghrib dan isya'. setelah selesai melaksananakan kewajipan sebagai muslim kami meneruskan aktiviti motivasi dengan sesi muhasabah diri........ yang dikendalikan oleh guru kaunseling SAINA IAITU Pn. Murniwati $ Cik Nur Amira................
17 Jun 2006
pagi nie macam biasa kami bangun pagi solat subuh sdan sarapan pagi................... saat2 akhir kami berada di Dusun Minda Resort ini..... sebelum pulang kami sekali lagi akan menempuh satu lagi aktiviti lasak yang akan menguji ketahanan mental dan fizikAl kami semua....... kami semua bersiap sedia untuk menghadapi aktiviti jungle treaking..... pada mulanya perasaan aku hanya berkata mungkin aktiviti yang bakal aku lalui ini hanya biasa seperti aktiviti jungle treaking yang aku lalui sebelum ini di Bukit Merah, Teluk Bahang Dan Bukit Jambu................ tetapi setelah 15 minit mendaki ternyata sangkaanku meleset..... keadaan bukit di Dusun Resort ini memang nyata jauh berbeza daripada apa yang aku lalui sebelum ini....... keadaan muka buminya yang sangat cerun menjadikan aktiviti kami ini aktiviti yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran serta kecekalan untuk kami menamatkan aktiviti ini...... memang bukitnya sangat curam.......... perasaan kami semasa mendaki bukit itu sukar digambarkan dengan kata2........ setelah sampai di puncak bukit kami berpeluang menjamu mata dengan pemandangan yang saujana mata memandang........ sesiapa yang berada di puncak bukit tersebut mampu melihat pemandangan di sekeliling yang tentunya sangat menarik...... pendakian kami mengambil masa lebih kurang 2 jam.............. selepas selesai pendakian kami bersiap sedia untuk majlis penutupan KEM MOTIVASI TINGKATAN TIGA 2006 DI DUSUN MINDA RESORT, KUALA NERANG KEDAH.... ini perasmian penutupan ii dijangka akan dilaksanakan oleh Ayahanda Pengetua SMSPS............ Alhamdulillah selesai sahaja majlis tersebut kami semua bersiap sedia untuk pulang ke asrama.............. semua pelajar pulang dengan semangat baru ke SAINA......... walaupun kami semua keletihan tetapi kami masih mampu tersenyum puas dengan aktiviti yang dijalankan.......... insyaallah objektif program ini tercapai..........

No comments: